Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN akan menang!

Ini kerana, pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN."Salah guna kuasa/ sogokan/ rasuah/ pancing/ beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011.

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit (BACA seterusnya...)

TPM: Barisan Nasional berbanding Pas dari segi kekuatan ibarat pergaduhan seorang dewasa dengan seorang budak sekolah. Orang dewasa itu pula mengguna berbagai kekuatan dan senjata. Kawasan bertanding adalah memang kawasan milik orang itu dan kawasan UMNO tegar, di negeri UMNO totok sejak dulu.

UBN memiliki segara alat dan prasarana kempen, baik alat 'manusia' atau alat perkakas 'kerajaan pusat'! Undi pos memang hak mutlak UBN. Pihak UBN juga suka membuat provokasi melampau dan akan menuduh pihak PAS yang melakukan 'kejahatan' seolah-olah penyokong mereka baik dan 'maksum' tidak akan berbuat benda tak baik.

Mereka tanpa segan silu akan membuat janji 'You help me. I help you'...selain akan memberi amaran dan tindakan bagi pegawai, pekerja atau peneroka jika mereka menuding lawan kepada batang hidung mereka / calon UBN.

Selain itu...Sogok, Suap dan Rasuah!!! Berleluasa...Media massa akbar, radi dan TV 1, TV 2 dan TV3 pasti memuja-puji UBN dan calonnya dan sudah tentu mengelebek keburukan dan kelemahan PAS /Pakatan Rakyatnya.



0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda