Menutup aurat adalah wajib. Satu perintah Allah. Menutupnya, orang Islam akan beroleh pahala. Manakala membuka aurat adalah perbuatan munkar. Hukumnya haram dan berdosa. Tidak ada syarat 'ikhlas' di sini. Kerjakan perintah Allah. Habis perkara. Seperti juga solat fardhu, mahu tidak mahu ianya adalah satu Rukun Islam. Seorang hambaAllah, wajib menunaikan perintah-Nya tanpa dakwa-dakwi. Sesiapa yang tidak mengerjakan solat maknanya dia telah menderhaka (bah. Arabnya: ma'siat).
Membuka aurat ertinya melanggar hukum syara' dan sudah tentu telah melakukan maksiat. Keluar sahaja rumah untuk menuju kemana jua tanpa menutup aurat dengan sempurna, maka berdosalah ' pada setiap nafas dan kelip matanya' pelakunya sehingga kembali semula ke rumahnya. Alangkah banyaknya dosa seharia itu...

0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda