Malaysiakini Mac 30, 11 1:57pm: Lepas satu, satu; novel kontroversi karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain Interlok hari ini diasak dengan isu pendatang dan ketuanan Melayu pula.a bahagian wanita dewan itu. Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama-sama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang. "Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," kata Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean. ( baca lagi.... )
TPM: Selepas ada banyak kali pertemuan, selepas TS Muhyiddin semacam isytihar keputusan 'paria' disingkir dalam teks (kasihan kaum paria...) masih ada golongan tidak puas hati. PENA pulak bersimpati amat kepada Pak Lah, Sasterawan Negara. Masalah ketuanan M suam-suam hangat di tepi pentas 1Malaysia. Rupanya ada lagi rencana mahu menggawat panggung. Ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah pula hendaknya jangan gembur. Beban berkebun sepenuh hati, melayu terkulai bunga dan buah, tanaman sendiri semakin tidak subur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda