Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.(baca seterusnya.....) “Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” catat Nik Aziz mengakhiri tulisannya itu.
TPM: Kacamata yang dipakai semua perdana menteri Malaysia memandang Islam semuanya bias. Pandangan yang tidak tepat disebabkan latar belakang, ilmu dan minda yang culas agama menjadikan mereka ternyata serong terhadap Islam.
Mana mungkin kacamaca bercermin kelabu akan nampak benda-benda yang dilihat itu berwarna putih atau jernih. Selagi kacamata itu tidak ditanggalkan oleh kesedaran 'pertunjuk' maka sukarlah si pemakainya melihat jelas. Apatah lagi kalau biji mata sudah juling! Maka demikianlah yang terjadi kepada PM Najib Tun Razak yang melihat sosok Dr Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, ulama Islam tersohor itu. Najib juga semacam memandang serong terhadap Ikhwanul-Muslimin satu-satunya jemaah mempertahankan Islam di dunia, berpusat di Mesir itu.
Banyak kalangan yang meragui Najib sebelum ini semakin tidak yakin dengan telatah / kelatahan Najib mengulas tentang syariat Islam. Jemaah Islam di Malaysia yang halal berpolitik di Malaysia sejak lama, sangat tidak disenangi para PM terdahulu hingga kini. Mereka dari Umno-(Perikatan)-Barisan Nasional telah bertindak memusuhi PAS sehabis cara.

0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda