Malaysiakini, Mac 29,11 : Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah. Pemberian itu adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. "Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Malaysiakini, Mac 29, 11 melaporkan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Mohamed Nazri Aziz berkata mereka (trio Datuk T) tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta berkenaan kerena mereka telah mendedahkan diri mereka umum. Beliau dilaporkan berkata: Kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Bernama melapor 28 Mac 2011: Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen semalam, sebagai berkata bahawa Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio 'Datuk T' yang mendedahkan video berkenaan.

Malaysiakini, Mac 23, 11 10:51pm: "Perlu faham (bahawa) mereka buat semua itu atas (kapasiti) individu, jadi jangan kaitkan mereka ini dengan Umno," kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen hari ini.

TPM: ADAKAH MENTERI INI SAKIT? cakap dah tak betul sekali..


* Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah. "Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang-undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit,” kata presiden TI-Malaysia Paul Low.
** Najib juga telah berkata dulu: You help me, I help you.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda