Angkasanuri |
Apa yang menariknya dalam PRK kali ini Umno seolah-olah sudah insaf dan bertaubat bahawa arak dan judi adalah haram di sisi Islam.
Mungkin selepas ini tokey-tokey judi di Genting Higlands, syarikat empat nombor ekor dan sport toto mungkin akan berhadapan tindakan premis mereka akan ditutup.
Lesen-lesen judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini kemungkinan besar akan ditarik balik.
Begitu juga dengan syarikat dan kilang arak yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini juga mungkin akan diarahkan tutup.
Jika pemimpin Umno tidak mengambil tindakan menutup syarikat serta premis judi dan arak maka 'ulama-ulama' dalam Umno wajar menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar cepat-cepat bertaubat kerana arak dan judi itu haram di sisi Islam.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda