Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad muncul di gelanggang Hulu Selangor malam tadi sebagai jurucakap bagi PERKASA bagi memulihkan sokongan masyarakat Cina dalam kawasan PRK ini. (baca sini...) Sebelum ini Mahathir menyatakan dia tidak akan datang berkempen di Hulu Selangor.

Tun Dr Mahathir telah menuduh Datuk Zaid Ibrahim calon PKR adalah juga katak yang melompat dari Umno ke PKR. Setahu kita Datuk Zaid tidak melompat tetapi beliau dipecat kerana beberapa tindak-tanduknya meragukan UBN.

Rasa dalam politik negara kita ni macam-macam ada. Ada katak, ada biawak, ada pengundi hantu, ada maha firaun, ada firaun kecil, ada nepoleon kecil, ada ulama selipar, ada ulama terompah, ada YB 10%, ada rasuah seks, ada politik wang, ada C4, ada pengakuan bersumpah termasuk fitnah liwat dan bermacam-macam lagi.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda