Gegak-gempita seminggu dua ini perihal isu keterlibatan negara Zionis Israel dengan Malaysia. Heboh isu pendedahan pihak pembangkang bahawa logo '1Malaysia' ciplakan logo negara Yahudi itu '1Israel'. Isu peranan firma perunding APCO dengan Kementerian Dalam Negeri.

Pihak kerajaan pula berusaha mahu mengheret Ketua Pembangkan DS Anwar Ibrahim ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen akibat pendedahan terhadap perkara tersebut. (Baca......)

Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri pada 28/10/2009 seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN seolah-olah memberi satu jawapan berhubung sejauhmana firma itu dikatakan pro Zionis-Israel dan berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara kita.(Baca seterusnya......). Berita dari Portal KDN boleh meng'kantoi'kan pihak yang menafikan keterlibatan hubungan Malaysia-Israel. Fenomena beginilah yang men

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.(Baca lagi....)

Fenomena beginilah yang menimbulkan pelbagai syak wasangka, keraguan, prejudis dan sebagainya di banyak pihak apatahlagi pihak pembangkang. Pihak kerajaan sering menafikan keterlibatannya sambil melarang mendengar fitnah pembangkang.

Rakyat pula selalu dalam keadaan 'tunggu dan lihat' , ragu-ragu dan mereka membuat berbagai spekulasi; manakala pihak pembangkang sudah tentu mahu mendedah habis, menerjah malah mahu menjatuhkan pihak kerajaan yang berkepentingan diri, tidak amanah, korup dan hipokrit.







0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda