Perang tulisan berunsur politik di alam siber berterusan. Portal-portal yang memuatkan forum politik terus berlaga. Tidak kurang juga catatan pada blog-blog. Ada foto-foto yang disiarkan melampaui batas pemikiran bagi kepala yang waras. Ada gambar yang ori dan banyak juga gambar super-impose.

Ada blogger-blogger yang telah pun diheret ke balai. Mereka memohon maaf, ada juga yang kena kurung. Nama-nama atau nickname mereka ada yang dikenali ramai kerana keberanian atau gedeber mereka; tidak kurang juga kalangan pemimpin parti politik yang ikut berblog.

Tulisan-tulisan yang mengancam keamanan, menyebarkan hasutan, berunsur perkauman melampau , jahat dan sebagainya dipantau oleh pihak tertentu atau dilapor oleh golongan yang pro-kontra terhadap tulisan tersebut, demi keselamatan dsb. Tulisan-tulisan itu kalau diibaratkan suara dari mulut sudah tentu dipanggil 'mulut lancang, mulut laser atau mulut celupar'

Terkini mengikut maklumat dari HarakahDaily ada catatan 'ugut bunuh' pada laman komuniti Facebook Ketua Pembangkang merangkap YB Permatang Pauh Dato Seri Anwar Ibrahim. Antara catatan 'Radon Rascesium' berbunyi:

"Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu. (baca seterusnya di sini...)

Hebat juga keletah / fenomena politik negara kita. Selepas ini tidak mustahil ada lagi ugut mengugut yang lebih dahsyat oleh orang-orang yang kurang siuman berpolitik.


m






.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda