Mengikut laporan Malaysiakini hari ini 22 April 2010, Mahkamah Majistret Tumpat telah membebas dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut. (baca lagi di sini...) dan ( selanjutnya di sini....)

Pembebasan itu menamatkan kegelisahan mereka pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, Tumpat, pelajar-pelajar pondok lain di Kelantan serta seluruh pemakai serban ( pakaian sunnah menutup kepala) bagi orang Islam itu. Sebenarnya kita hairan mengapa pakaian 'turban' bagi kaum sikh dibenarkan bila menunggang motor; tetapi bagi serban bagi orang Islam ditahan polis. Kes double-standard ini sudah pasti mencemaskan golongan orang Islam yang suka melilitkan kepala mereka dengan serban.

Sekalung tahniah buat lima orang pelajar pondok tersebut (sedikit maklumat di sini ...) serta terima kasih bagi Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat yang telah memberi keputusan yang adil itu. Semoga semua kita dirahmati Allah.h.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda