Masa untuk bingung datang lagi. Mahkamah akan hingar semula dengan kes DS Anwar Ibrahim yang diakui liwat oleh ampunya 'barang dimangsakan' Mohd Saiful Bukhari. Surat kabar dan media radio/tv akan geger semula memanjangkan lagi cerita


Ribuan manusia pro-DSAI berkumpul aman sekitar Mahkamah Persekutuan Putrajaya di samping pegawai keselamatan/ FRU. Kabarnya ada bentangan sepanduk dan laungan 'Reformasi' lagi. Mahkamah mula bersidang pagi dengan acara penangguhan lagi bila DSAI memohon penangguhan prosiding untuk memohon semakan semula rayuan beliau.(baca sini lagi...). Prbicaraan itu ditangguhkan lagi ke 2.30 petang sementara menunggu permohonan semakan pihak pembelaan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan Anwar memperolehi dokumen dan bahan penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari...(baca lagi....). .
..

Suhu akan menjadi semakin panas nanti petang. Malaysiakini mengkabarkan bahawa Perdana Menteri DS Najib dan isteri beliau DS RM akan disepinakan buat menjadi saksi dalam kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim.(baca seterusnya.....)


Sekali lagi rakyat 1Malaysia akan berdebar-debar mengikuti dan menunggu keputusan kisah 'liwat pengakuan Saiful' ini. Kita tunggu sambil mendoakan segala-galanya akan berlangsung baik dan bersudah dengan kebenaran jua. (taknak lihat sini.....)

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda