Jangan mudah gelabah dengan keputusan 'tahkim' yang dikenakan terhadap dua pemimpin PAS Selangor oleh Jawatan Kuasa Disiplin PAS dua hari lepas. Usahlah geger lagi hingga menyesakkan nafas penyokong-penyokong. Kita harapkan semua pihak di dalam PAS dapat menerima keputusan tersebut sebagaimana kedua-dua, Khalid dan Dr Hasan boleh menerimanya dengan baik. Janganlah kita terkejut hingga panik dan menimbulkan masalah lagi..

Jumaat lalu, pengerusi jawatankuasa disiplin PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, YB Khalid Samad dan YB Datuk Dr Hasan Ali bersalah terhadap dua pertuduhan terhadap mereka

Sehubungan itu, jawatankuasa itu menggantung jawatan Khalid sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik parti selama enam bulan. Sementara Dr Hasan pula hanya diberikan amaran bertulis. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Seorang bapa berjalan sambil memegang tali mengheret keldai yang ditunggangi anak lelakinya menuju ke pasar. Ada suara yang menegur mereka alangkah tidak berhati-perutnya si anak membiarkan si bapa yang tua itu berjalan sedang dia enak menunggang. Mendengar teguran, si anak lalu turun, meminta bapanya pula menunggang keldai dan dia pula berjalan.

Namun kedengaran pula suara orang mengatakan alangkah zalimnya si bapa membiarkan anaknya berjalan, sedang dia bersenang di atas tunggangan. Si bapa pun turun berjalan bersama anak menuju destinasi. Ada lagi suara: 'Alangkah bodohnya kedua-dua orang itu, ada keldai tidak ditunggangi. Sia-sia sahaja memiliki sang keldai'. Akhirnya kedua mereka menaiki keldai; namun ada pula suara mengatakan kedua beranak itu telah menzalimi hewan itu dengan beban yang berat. Lantas si bapa memberitahu anaknya: 'Anakku. Itulah adat manusia. Apa yang orang lain buat, semua tidak betul.'


Janganlah kita memberi peluang dan kemudahan kepada musuh-musuh untuk menyusupkan kefasikan mereka ke dalam jemaah kita. Usahlah membiarkan masalah bertambah, sedang masalah yang sedia ada belum selesai baik.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda