LAIN YANG DIKATA, LAIN PULA YANG DILAPORKAN. MAKA LAINLAH JADINYA.

Penyakit lama Umno datang lagi. Meroyan dan sasau mahukan kerjasama dengan Parti Islam Se Malaysia (PAS). Mahukan tali hayat. Penyakit sengal Umno-BN ini pernah disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Majnun gilakan Laila. Sanggup dikatakan apa saja kepadanya asalkan dapat melepaskan 'isim'nya.

Terbaru, dalam ucapan majlis penutup Seminar Pemikiran Islam mengenai pemakaian kalimah Allah di Putik anjuran Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok). dengan kerjasama NGOs. Seminar itu
diisi dengan forum oleh barisan ahli panel terdiri daripada Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat; Editor akhbar Herald, Lawrence Andrew dan dan Loo Coo Chiang mewakili penganut Buddha. Di samping sesi pembentangan kertas kerja oleh Dr. Mohamad Noor Manuty dan Wan Ji Wan Hussin.

Menerusi sidang media di majlis penutup seminar anjuran Tatok itu, kenyataan spontan Tuan Guru Nik Abdul Aziz antaranya menyebutkan, "saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara PAS dengan Umno.


"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan Umno, 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS. Apa hasil? Banyak masa habis, Umno guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh PAS, apa hasilnya?

"PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam Umno sendiri dan adalah tidak wajar berlaku perbalahan yang terus menerus.

"Tolong fikirlah, 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS dan PAS ini dibuat oleh alim ulama Umno.

"Pada 1946, semua orang Melayu bersama Umno; tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama telah keluar Umno dan buat parti baru namanya PAS, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.

"Jadi apa pentingnya Umno bertengkar dengan PAS, sedangkan PAS bawa Islam... (kena faham-P) selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang berguna hanya Islam dan yang bertakwa kepada Allah. Jadi apa gunanya berjuang kebangsaan (merujuk kepada Umno-P)?

"Jika isu pembangunan yang menjadi punca Umno memusuhi PAS, ia tidak sepatutnya berlaku kerana PAS juga bawa pembangunan kepada negeri yang kita perintah. Atas asas rasionalisasi tersebut TGNA meminta tokoh-tokoh Umno agar sedia untuk berbincang dengan PAS.

Walau bagaimanapun, apabila akhbar arus perdana keesokan harinya (5 Februari) telah memutar kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di sidang media penutup seminar tersebut. Akhbar-akhbar itu telah mengemukakan tajuk berita yang agak terkeluar daripada konteks asal maksud Tuan Guru. Sehingga ada pembaca yang terkeliru yang kononnya PAS mahu menjalin kerjasama politik dengan Umno. (Baca seterusnya di sini...)

TPM: Maka berjela-jelalah cerita dan bicara diheret oleh banyak surat kabar dan warta di media elektronik. Bermacam-macam ulasan tentang baiknya bersama dan berkerjasama Umno-Pas. Macamlah rakyat tidak tahu-tahu tentang kebaikannya, hanya Umno dan BN saja yang tahu.

Sebahagian mereka terus menyebut ikhlas tidaknya Pas, ikhlas tidaknya Menteri Besar Kelantan itu memberi pendapat. Macamlah orang lain semua tidak pernah IKHLAS, hanya Umno-BN yang tahu-faham maksud kalimat IKHLAS itu.

3 Responses so far.

  1. Nawai, tu media memang begitu

  2. Ada juga wartawan yang tidak memihak

  3. Lan. terima kasih. Syukur kepada sesiapa jua yang dapat membezakan antara langit dan awan; antara air dan buih.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda