Isu dan kes yang berlaku satu demi satu bertimpa-timpa baik ke atas diri beliau, ke atas teman sebarisan dalam BN, ke atas negara 1Malaysia, ke atas orang-orang Melayu dan ke atas agama Islam; boleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak buat-buat bangang dan tidak ambil tahu secara serius? (baca celoteh ~blogger pak bakaq)

Yang beliau tahu ialah mahu menguasai negeri-negeri yang sudah memalukan BN dan kini dimiliki parti-parti pembangkangnya atau Pakatan Rakyat. Perkara yang beliau congakkan ialah bagaimana mahu memulihkan keyakinan rakyat kepada pentadbirannya. Benda yang dia fokuskan ialah mahu menimpakan 'kecederaan' ke atas lawannya DS Anwar Ibrahim walau apa cara sekalipun.

DS Najib hanya pernah mengaku tidak terlibat dan tidak terbabit dengan kedua-dua kes yang berprofail tinggi ; satunya kes pembunuhan model wanita Mongolia dan satu lagi kes pengakuan Mohd Saiful Bukhari (25 tahun) diliwat 7-8 kali oleh DS Anwar Ibrahim (62 tahun) Penasihat Parti Keadilan Rakyat merangkap Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Malaysia. Malah DS Najib pernah bersumpah tdak mengenali budak Saiful! Kes kehilangan enjin kapal terbang TUDM sewaktu beliau jadi menteri terbabit pulak bagaimana?

Barangkali banyak untungnya jika membisu, tidak bertindak balas, buat bangang dan tidak memperdulikan apa orang kata. Kita tidak tahu apa akan terjadi selepas ini. Adakah diam ubinya akan berisi atau diam cangkulnya akan berkarat? Selalunya rakyatlah yang akan menjadi mangsa selalu berada dalam iklim panas yang menggugat kehidupan harian mereka.

Komen sdr Al-Balingi dalam ~penarik beca juga: .

..byk prktaan bangang daaaa...huhuhu....takkan lah dia tu bangang sgt smpai tergamak ckp mcm tu kan..kita pun bukan manusia bangang yg mudah di bangangkan.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda