SELOKA NASIB MELAYU
Aduhai malang nasibmu Melayu
dagang lalu disangka wali
rupanya dagang mencari pitis
ada tanah dilaburkan
anak sendiri hidup menumpang
ada bahasa dibuang-buangkan
bahasa penjajah juga dipandang
kerana anak lemah Inggeris
seluruh ilmu hendak diInggeriskan
aduhai malang nasibmu Melayu
ada pemimpin asyik bersengketa
hidup rakyat tidak terbela
orang lain berjalan lurus
engkau berjalan bengkang-bengkok
aduhai malang nasibmu Melayu
bahasa orang diwajibkan di universiti
bahasa sendiri kurang dipercayai
TPM: Sebuah sajak keluhan Sdr Baha Zain mengajak kita menyorot nasib bangsa akibat tidak betulnya tadbiran pihak berkuasa Melayu sendiri yang lebih mementingkan kuasa, diri dan kekayaan. Jenis pemimpin Melayu beginikah mahu membela umat Melayu. Hendak bela dan pertahan agama?
Dah tiba saatnya 'memulaukan' Sains Matematik dalam BI. Biar anak terabai daripada bahasa sendiri digadai demi 'maju'?
awang..ya demi nak majukan bah. inggeris mereka gadaikan BM, maka tergadailah juga nasib anak-anak sekolah Melayu. gagal mencapai tinggi dalam matapelajaran itu. BM mundur sebab tangan bangsa Melayu sendiri.
LINA SMKRLNR
BAGUS GAK KERAJAAN BUAT MACAM TU..ANAK MELAYU TAK TERABAI LANGSUNG.MAJU LA JUGAK TAHAP PENILAIAN BAHASA INGGERIS DI MALAYSIA.ZAMAN DAH BERUBAH,DUNIA DAH MAJU!BAHASA MELAYU TAK PERNAH MUNDUR PUN MELAINKAN ADA SI POLAN YANG CUBA MEMUNDURKAN BAHASA MELAYU DAN ORANG MELAYU SENDIRI.NAK DIJADIKAN PEMERINTAH,MELIBATKAN DIRI DALAM KES LIWAT..SAYA BANGGA KERAJAAN SEKARANG INI.TERUS MAJU!!!
STARBUCK RAJA LOPE
HIDUP SEKARANG DAH BERUBAH. ZAMAN SEKARANG ZAMAN IT APA SALAHNYA KERAJAAN NAK MEMBANTU ANAK BANGSA SENDIRI.LOGIK APA WUJUDKAN SAINS MATE DALAM BI.BUAT APA NAK MEMULAUKAN BI WLUPUN KITA ANAK MELAYU.NEGARA TETAP MAJU..KERAJAAN TAK MENGGADAIKAN BAHASA MELAYU LANGSUNG.OPTIMIS LA SIKIT.ANAK BN SEPAKAT(SELAMAT,AMAN,MAKMUR).
ANAK MELAYU
JIWA BANGSA HARUSLAH DIMAJUKAN JUGA.HABIS TU,MACAM MANA MALAYSIA NAK MAJU.TAKKAN LA MALAYSIA SENDIRI TAK NAK BERSAING DENGAN NEGARA YANG SEDIA MAJU.BM TAK TERGADAI MELAINKAN ANAK JATI NEGARA SENDIRI YANG MENGGADAIKANNYA...
SRI DEWI MALAM
YA BETUL..BM TAK TERGADAI JIKA BUKAN ANAK JATI SENDIRI YANG MENGGADAIKANNYA.SAYA SETUJU SANGAT LAA TU.
Teringat kisah Si Tanggang yang begitu hebat dalam perdagangan dan begitu berbangga dengan dirinya maju. Tapi sayang dia tidak berasa ingin membela ibunya sendiri, bahkan derhaka jadinya. Si Tanggang terlalu asyik sahaja, dia bukan 'menderhaka'.