SYUKUR

Tarikh 7 Jun 2008, genap tiga bulan saya berada di rumah setelah menginap di HRPZ2 hampir setengah tahun. Sejak 2 Ramadan 1428H = 15 Sept 2007M hingga jumaat 29 Safar 1429H=7 Mac 2008M sehari sebelum PRU12. Terima kasih para perawat saya kalangan doktor, jururawat serta staf-stafnya di ICU, Wad Teratai, Wad Temenggung, Wad Panglima dan Wad 10 HRPZ2 khasnya Adi Teratai. Anda semua bagus dan berhak mendapat pujian, semoga kalian dirahmati Allah.

Terima kasih tidak terhingga buat kekasih saya @ isteri yang setia Hamidah; hanya sebuah puisi itu tanda segala-galanya. Terima kasih buat anak-anak: Long, Tia, Siti, Amad. Li yang jauh, Imi, dik Na serta menantu-menantu Zurida, Azman, Yukarmi. Terima kasih adik beradik dan waris-waris terdekat, jiran-jiran, sahabat jauh dan dekat. Terima kasih teman-teman penulis Rosli K Matari, Usman Ibrahim, AbdulHadi Yusoff, Mochetar Awang, Pyan Habib (wa tabik lu), Leo AWS, Nawawee Muhammad, Norlaila Ghafar, Darma Mohamad, Abham TR, Izani H.D (sekedar sebut beberapa nama- maaf) Terima kasih juga buat YB Dato’Husam Musa, YB Nik Amar Nik Abdullah, YBerusaha Pengarah JPN Hj Ismail Mohd Nor, KS Hj Zahari Daud, Pengetua Pn Hjh Sabariah Ibrahim dan rakan guru SMKKbH dan anak-anak murid, Hj Saupi KGMK dan rakan-rakan guru di sekolah-sekolah yang pernah saya bertugas dahulu. Berkat ikhtiar dan doa anda semua, Allah mengurniakan saat terbaik sehingga saya sempat merakamkan nota ini. Alhamdulillah. Rabbana lakalhamdu kama yanbaghi lijalaliwajhika wa’azimi sultanika
& Saya dapat discaj hospital 7/3/2008, bukan balik nak mengundi esoknya 8/3/2008, saudara. Saya belum layak ke peti undi, masih belum kuat dan tidak cukup tenaga ke situ. Namun semangat tetap ada. Walhasil PRU12 sudah berlalu dengan gelaram tsunami politik bagi negara kita. Keputusannya sudah termaklum. Tok Guru masih jadi Imam di Serambi Mekah bukan Che Awang.Air mata Tok Guru mengalir ke lain negeri. Ada perubahan lagi. Sebenarnya itulah masa untuk berubah. Bila ada sesuatu perubahan, jangan mudah panik. Adat berlakunya bah, pasti pantai berubah. Inikan pula dah tsunami. Yang menang bersabarlah jangan tinggalkan ‘Bukit Uhud’. Apatah lagi yang kalah, jangan biru hingga urat perut. Kita kena cari dan bertahan dengan kebenaran sejati punya Al-Haqqu itu.

Ingatlah. Kita masih berada dalam kerugian jika tidak sempurna Iman, Tidak berbuat baik (ikhlas kerana Allah), tidak selalu berpesan supaya sentiasa benar (Haq @ tidak batil) dan tidak selalu berpesan supaya sentiasa bersabar.
Cari untung ba...makamnya Jannah.
Wassalam.

2 Responses so far.

  1. Terharu dengan catatan dan dukacita kerana dok ralit 'tarak-tarak' sokmo, sekali pun ta sempat lawat ustaz di hospital. Tapi dari jauh saya turut berdoa agar ustaz kembali pulih apabila dimaklumkan melalu sms tentang kenazakan ustaz oleh rakan-rakan.

    2. saya tunggu isi kandungan kolum yang ustaz janji nak tulis dalam akhbar mingguan terbitan saya. Masa ustaz call, saya di KL kerana sedikit urusan. terperanjat saya bila tidak lama selepas itu saya diberitahu ustaz sakit tenat, sekaligus kolum ustaz tertangguh. Tak apalah itu kerja Allah.

    3. Saya tumpang bangga kerana ustaz wujudkan blog dengan isi kandungan lebih condong kepada pembinaan iman dan taqwa. Bagi saya blog juga boleh dijadikan medium untuk dakwah.

    4. Saya akan linkkan blog ustaz dalam blog saya http//www.melikapakjangak.blogspot.com. Dulu saya pakai http//www.ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com tetapi blog saya tu kena godam dan dimusnahkan sehingga ianya seolah-olah tidak pernah wujud seminggu sebelum hari penaman calon PRU-12

  2. Sdr. Abdul Hadi,
    di doakan saudara segera kembali sihat untuk terus melahirkan karya-karya yang baik, 'Amal maaruf, nahi mungkar.'
    Saya baru tahu sdr. dirawat dihospital setelah mengunjungi blog ini, melalui bloh Marsli N.O.
    Wassalam.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda