Sebuah buku berkulit hitam

Huruf-huruf putih

Tercetak jodol Apartied

Kenangan regim pretoria

Golongan karya. Minoriti Afrika Selatan


Mesejnya pengabadian

Milik dan hak manusia

Dunia ketiga.


Penjajahan kental lama

Merencam nasib mereka


Sebuah buku berkulit putih

Tentang manusia pura-pura

Mesej besar kemanusiaan

Tapi, terkoyak halaman dalam.


April 1984

Antologi Angin Paksa 2008.

1 Response so far.

  1. Puisi yang ditulis oleh abdulhadi punyai mesej yang sangat baik untuk direnungi bersama. Pergi jahanam sama Amerika dan Israil !!!

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda