Dr Mashitah Kata: Najib contohi Kemoderatan Rasulullah s.a.w
Bodek jangan tak bodek. Kuli bodek tokey. Anak bodek bapa. Staf bodek bos. Menteri bodek Perdana Menteri. Biar bodek tu sampai tahap hilang maruah dan ilmu pun tak apa.
Kita amat ' sukacita' bila seorang ustazah berstatus Dr /Ph.D , bekas pensyarah di menara gading sanggup menyondol idea 'agama'nya membanding seorang yang berilmu ganjil tentang Islam itu serupa Nabi s.a.w. Dr tu dah jadi terompah yang sanggup dipijak kaki juhala. Kesian....
Ya, boleh jahanam negara kita jika orang cerdik nak mengampu melampau - Ya tolong le jangan puji melangit dan tidak berpatutan. Dibimbangkan si jahil alias pemimpin tu tidak berasa bersalah apa-apa kerana dia benar beliau mencontohi Rasulullah s.a.w konon.
TPM: Magik. Macam satu magik telah memukau seorang hamba Allah, seorang wanita Islam, seorang ustazah, seorang pensyarah UIAM yang murid-muridnya serata negara, seorang motivator / pendakwah dan seorang isteri orang telah bertukar imej setelah menceburi politik parti UMNO-BN.
Masyitah tukang sikat, tukang andam puteri Firaun sangat teguh imannya. Sejarah silam zaman Nabi Allah Musa a.s mencatat kekuatan hasil pukauan IMAN kepada Allah. Tetapi Dr Masyitah terbalik kok, berbeza sosok wanita suci Masyitah yang berkerja di mahligai 'Tuhan' orang Qibti, Mesri. Dr Masitah berjawatan menteri di takhta kerajaan BNajib telah mundur IMANnya dan boleh memundurkan IMAN orang lain.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda