ADUN UMNO MELAKA DI TANGKAP MINUM ARAK~ 26 Mac 2012
Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:
Laporan dari akhbar Sinar Harian semalam melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. 27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka.
Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu MOHD YAZED BIN HJ.KHAMIS, ADUN dari RIM-JASIN.
Beliau gagal dalam memberi contoh ADUN yang baik lebih-lebih lagi apabila di pilih rakyat untuk melaksanakan amanah. Malangnya beliau gagal dalam memberi contoh terbaik selaku pemimpin yang beragama Islam. Bagaimana beliau mahu memimpin rakyat sedangkan beliau sendiri masih tidak mampu memimpin diri nya sendiri.
Rakyat negeri Melaka khususnya perlu bijak dalam menilai dan memilih pemimpin. Jelas, kepimpinan Barisan Nasional gagal dalam memberikan contoh tauladan yang baik kepada rakyat. Jika dahulu Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Tamby Chik sendiri terpalit dengan isu rogol, kemudian Datuk Ali Rustam dengan isu rasuah, kini tidak hairan anak didik acuan parti Barisan Nasional ini melahirkan pemimpin yang rosak akhlaknya.
Keruntuhan akhlak dan moral pemimpin akan mencerminkan rakyat yang bakal lahir, kerana daripada pemerintahlah akan membentuk masyarakat sepertimana ayah yang membentuk anak-anak. Justeru tidak hairan hari ini masalah sosial masyarakat semakin menjadi-jadi, seperti mana baru-baru ini kita di kejutkan dengan pembunuhan kejam adik Dirang, dan banyak lagi kes bunuh yang mencerminkan betapa masyarakat semakin tenat.
TPM: UMNO KALU TAK BERMAKSIAT BUKAN UMNO NAMANYA!
Umno Bermaksiat, Berasuah, Berlucah Tak Boleh Lari,,Macam Isi Dengan Kuku,,
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda