ADUN UMNO MELAKA DI TANGKAP MINUM ARAK! ~ 26 Mac 2012

Laporan dari akhbar Sinar Harian semalam melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. 27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka. (sumber).
Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu MOHD YAZED BIN HJ.KHAMIS, ADUN dari RIM-JASIN.

Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:



Beliau gagal dalam memberi contoh ADUN yang baik lebih-lebih lagi apabila di pilih rakyat untuk melaksanakan amanah. Malangnya beliau gagal dalam memberi contoh terbaik selaku pemimpin yang beragama Islam. Bagaimana beliau mahu memimpin rakyat sedangkan beliau sendiri masih tidak mampu memimpin diri nya sendiri.
Rakyat negeri Melaka khususnya perlu bijak dalam menilai dan memilih pemimpin. Jelas, kepimpinan Barisan Nasional gagal dalam memberikan contoh tauladan yang baik kepada rakyat. Jika dahulu Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Tamby Chik sendiri terpalit dengan isu rogol, kemudian Datuk Ali Rustam dengan isu rasuah, kini tidak hairan anak didik acuan parti Barisan Nasional ini melahirkan pemimpin yang rosak akhlaknya. ( baca lagi....)

TPM: Tuduh menuduh, memfitnah dan menyebarkan keaiban orang lain telah dijadikan semacam senjata untuk menyerang individu atau kumpulan yang tidak disenangi. Berbagai kaedah dilakukan untuk menjayakan niat buruk itu. Ada yang disebar melalui media, dibuatnya laporan polis.
Ada yang disebarkan video lucah, hingga terseret ke mahkamah. Maka berjalanlah perbicaraan yang memakan masa dan kos yang tidak sedikit. Kebanyakannya berpunca dari dengki, dendam dan kefasikan pihak penyebar. Kita tidak suka masyarakat menyebut nama 'UMporNO' buat parti orang-orang Melayu tegar itu, sebagaimana kita benci Utusan Melayu dilabel sebagai 'Utusan Meloya' atau Rangkaian TV3 di sebut ' TV3Suku'!
Sebenarnya masyarakat Melayu 1Malaysia sedang sakit tenat. Kes pemimpin terlibat dengan curi harta kerajaan/ rakyat, pemimpin berzina atau pemimpin minum arak; MAKA tiada hukuman yang amat wajar selain di jalankan HUKUM HUDUD, demi menjalankan perintah Allah dan pencegahan dari maksiat yang berleluasa itu.



0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda