9 Disember 2011 lalu - 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas AJK Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu.

Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.... ( Baca di Harakahdaily...)

Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu.

TPM: Alhamdulillah dah ada kesedaran. Patutnya dah lama sedar dan memilih yang betul. Apapun syukur kerana terdorong meninggalkan Umno-BN yang kata Tun M ' Umno sudah busuk hingga usus'. Syukur juga kerana memilih PAS sebagai wadah berpolitik. Kerelaan sendiri + keikhlasan itu lebih utama! namun siapalah PAS untuk memaksa orang menyokongnya. Tada paksaan dalam berpolitik di Malaysia, hatta kepada anak dan keluarga sendiri.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda