DS Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). TS Muhyiddin Yassin berkata syarikat yang diterajui anggota keluarga DS Shahrizat Abdul Jalil, perlu memberi penjelasan tentang isu dan masalah besar itu. Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya.

Naib Presiden Umno, DS Hishammuddin Hussin menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka menganggap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil satu liabiliti atau tidak. Sebaliknya, menurut jurucakapnya Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.

Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, bela Khairy.

TPM: :( Rakyat dan negara tetap berdukacita dengan telatah pemimpin begini.

Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong boleh jadi menteri. Orang mengantuk memasang kelambu untuk tido; Juta-juta diuntukkan projek lembu tapi hilang duit wat beli kondo.. (?)


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda