Oleh kerana penawar, ubatan dan pantang larang yang dinyatakan doktor, seorang pesakit yang kritikal mencadangkan supaya doktor yang merawatnya meletak jawatan. Kroniknya selama ini doktor itulah yang telah berjasa mengubati banyak pesakit. Doktor itu juga telah menyumbangkan sebahagian besar usia dan tenaganya demi menyelamatkan masyarakat dari wabak penyakit masyakat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau berkata, desakan Affandi juga menunjukkan betapa Umno Kelantan gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut.
TPM: Ketika ucapan beliau di Persidangan Agung Umno baru-baru ini, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Mohd Afandi 'mencabar' MB Kelantan berdebat dengannya (Pemuda Umno) terlebih dahulu sebagai pra-kelayakan sebelum diadakan perdebatan dengan DS Najib. Dengan nada angkuh, Mohd Afandi menyatakan:
"Jika beliau (TGNA) berjaya melepasi debat pra-kelayakan ini, maka Nik Abdul Aziz layak berdebat dengan Dato Seri Najib. Jika debat dengan Pemuda Umno pun tidak berjaya, tak payah berangan untuk berdebat dengan Presiden UMNO.." (rujuk Sinar Harian Edisi Kelantan, Selasa 30 Jun 2009) Yang jelasnya 'budak hingusan' UMNO ni sengaja nak cari publisiti (selepas tewas dalam PRU-12 kepada Ustazah Siti Zailah di Parlimen Rantau Panjang).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda