SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".
Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.
Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini.
Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi".
“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri
Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula.
ReJaM© "Terdesak nak kuasa, tahi pun boleh jadi bahan provokasi..."
TPM : Tindakan kotor (vs BERSIH 2.0) Mat Nor & UMporNO Pulau Pinang amat memalukan umat Islam, orang-orang Melayu dan Umno (termasuk Presiden) sendiri. Semoga perbuatan jahil murakkab ini menjadi liabiliti untuk menjahanamkan lagi Umno-Barisan Nasional!
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda