4. Najib Razak
5. Sharizat Abd Jalil.
Kerana Rasulullah menganggap kita semua pemimpin seperti sabda baginda, “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (HR Bukhari dan Muslim). Ini adalah kepemimpinan dan kepertanggungjawaban terhadap diri dan orang dibawah jagaan kita
· Namun, setiap muslim hari ini juga mesti berusaha untuk memimpin dan mengajak masyarakat / ummah agar mentauhidkan Allah dan menegakkan syariah-Nya. Tatkala tiadanya khilafah Islamiah, tugas dakwah dan kepemimpinan ini adalah tugas bersama di kalangan ummah. ...
9 Disember 2011 lalu - 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Naib Presiden, Salahuddin Ayub.
40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas AJK Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu.
Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.... ( Baca di Harakahdaily...)
Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu.
TPM: Alhamdulillah dah ada kesedaran. Patutnya dah lama sedar dan memilih yang betul. Apapun syukur kerana terdorong meninggalkan Umno-BN yang kata Tun M ' Umno sudah busuk hingga usus'. Syukur juga kerana memilih PAS sebagai wadah berpolitik. Kerelaan sendiri + keikhlasan itu lebih utama! namun siapalah PAS untuk memaksa orang menyokongnya. Tada paksaan dalam berpolitik di Malaysia, hatta kepada anak dan keluarga sendiri.
HEBOH apabila sekumpulan mamak perasan Melayu Pulau Pinang merangkap penyokong Umno yang berpura-pura sebagai NGO menghantar kek hadiah "tahi manusia" kepada staf Kerajaan Negeri P Pinang di bangunan Komtar. Nampak sangat kebodohannya. Itulah akhlak biadab puak-puak UMNO ni? Dah 50 tahun Pakatan Rakyat jadi pembangkang di Malaysia, tak pernah sekali pun buat hal macam ni. Tapi UMNO baru 3 tahun jadi pembangkang di Penang dah tunjuk sikap hina dan celaka. Macam ni mahu dipilih jadi pemimpin, nak jaga rakyat?
S
ELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".
Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.
Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini.
Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi".
“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri
Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula.
DS Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). TS Muhyiddin Yassin berkata syarikat yang diterajui anggota keluarga DS Shahrizat Abdul Jalil, perlu memberi penjelasan tentang isu dan masalah besar itu. Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya.
Naib Presiden Umno, DS Hishammuddin Hussin menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka menganggap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil satu liabiliti atau tidak. Sebaliknya, menurut jurucakapnya Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.
Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, bela Khairy.
TPM: :( Rakyat dan negara tetap berdukacita dengan telatah pemimpin begini.
Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong boleh jadi menteri. Orang mengantuk memasang kelambu untuk tido; Juta-juta diuntukkan projek lembu tapi hilang duit wat beli kondo.. (?)
Oleh kerana penawar, ubatan dan pantang larang yang dinyatakan doktor, seorang pesakit yang kritikal mencadangkan supaya doktor yang merawatnya meletak jawatan. Kroniknya selama ini doktor itulah yang telah berjasa mengubati banyak pesakit. Doktor itu juga telah menyumbangkan sebahagian besar usia dan tenaganya demi menyelamatkan masyarakat dari wabak penyakit masyakat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar Kelantan itu.Beliau berkata, desakan Affandi juga menunjukkan betapa Umno Kelantan gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut.
TPM: Ketika ucapan beliau di Persidangan Agung Umno baru-baru ini, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Mohd Afandi 'mencabar' MB Kelantan berdebat dengannya (Pemuda Umno) terlebih dahulu sebagai pra-kelayakan sebelum diadakan perdebatan dengan DS Najib. Dengan nada angkuh, Mohd Afandi menyatakan:
"Jika beliau (TGNA) berjaya melepasi debat pra-kelayakan ini, maka Nik Abdul Aziz layak berdebat dengan Dato Seri Najib. Jika debat dengan Pemuda Umno pun tidak berjaya, tak payah berangan untuk berdebat dengan Presiden UMNO.." (rujuk Sinar Harian Edisi Kelantan, Selasa 30 Jun 2009) Yang jelasnya 'budak hingusan' UMNO ni sengaja nak cari publisiti (selepas tewas dalam PRU-12 kepada Ustazah Siti Zailah di Parlimen Rantau Panjang).