Setiap pertandingan ada hadiahnya. Kepada para pengundi Umno-Barisan Nasional di DUN Tenang khasnya, negeri Johor Darul-Takzim serta rakyat Malaysia amnya; inilah hadiah 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' 1Malaysia.
Alangkah bertuahnya kita punya pemimpin yang sangat 'mendahulukan rakyat' sehingga sanggup memberi harga 'selaras' minyak RON97 sebanyak seposen saja demi kesejahteraan rakyat. 'Kerja selaras' harga itu berlaku dalam 4 bulan berturut-turut.
Tahniah dan ucapan 'padan muka' kepada kita kerana terpaksa menerima hakikat bahawa Barisan Nasional sedang mentransformasi ekonomi dan sosial jelata. Dengar kabarnya harga minyak RON95 juga akan ikut diselaraskan dalam masa terdekat!
Semua orang tahu dan tiada yang menafikan: Bila harga minyak berubah semakin bertambah maka harga barangan lain terutama BARANG KEPERLUAN HARIAN ikut bertambah. Akan semakin daiflah kehidupan rakyat yang didahulukan itu. Syabas PM, RM, Umno-BN rakyat 1Malaysia tidak marah pun.....
"
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda