NONE

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian.".( baca lagi di sini...).


Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertelingkahannya dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II. Untuk mengagungkan St. Valentine, yang dianggap sebagai simbol tabah, berani dan pasraha menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Sejak abad 16M, 'upacara keagamaan' itu beransur-ansur hilang dan berubah. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari. (baca sejarahnya lagi...)

TPM: Jelas selebriti rancangan 'Semanis Kurma' TV9 itu: "Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova (Qurtubah), Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka." Sebagai seorang yang mengetahui sejarah dan mengetahui hukum-hukum Islam, Datuk Ustazah SNBM mahu berdakwah dengan ikhlas.

Dia mahu melebarkan ilmunya secara tulus kepada umat Islam amnya dan khusus kepada pendengar/peminatnya. Dia mahu menyatakan kebenaran; namun suara kebenaran beliau telah berdepan dengan gugatan dari pihak lain. Datuk Ustazah yang juga pendakwah bebas (bersama suaminya) itu tidak mahu menyorok ayat-ayat kebenaran, malah beliau mahu menyorotnya dengan penuh kesedaran. Tetapi itulah kenyataannya, setiap suara dakwah ke arah Islam, ke arah kebenaran akan berdepan dengan ujian. Cubaaaaan.

Hingga ke tahap ini, barangkali bukan sedikit dugaan yang pernah dialami oleh Datuk Ustazah. Bak kata sahabat saya, kebenaran Islam mesti (fitrahnya) berdepan dengan ujian dari atas, bawah, depan dan belakang. Dakwah kita mudah dituduh menggugat politik, sosial, ekonomi dan minda pihak lain. Untuk Datuk Ustazah: pertahankan kebenaran, ucaplah ia demi menjalankan tanggungjawab kita dan istiqamahlah dengan ilmu yang dimiliki. Masa imtihan telah tiba dan ia akan tiba lagi menjadi nilai tambah pahala buat kita; mahunya kita tetap bertawakkal kepada-Nya. Sungguh Dia kasih kepada golongan yang bertawakkal. Kita menyokong kuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang akan mengedarkan kira-kira 15,000 kit anti hari kekasih sempena pelancaran kempennya bermula malam ini di Putrajaya. ( baca maklumannya...)
.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda