Sekumpulan yang memakai baju-T BN berhimpun membantah kehadiran Ketua menteri Pulau Pinag Lim Guan Engn dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

tenang by election protest at chemplak against pakatan 250111 banner 02Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap si kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Sambil mengecam LGE Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang... sebenarnya mereka juga mengecam Presiden MCA DS Chua Soi Lek itu. Inilah kenyataan kali pertama puak gerombolan Umno-BN menghalakan tuduhan kepada puak mereka sendiri: " Jangan jadi bodoh dengar cakap si kafir!" Ataukah bagi Umno-BN, Soi Lek itu tidak kafir.

Lim Guan Eng juga membidas Presiden MCA, Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa.

"Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong.

"Kita kena hormat prinsip dan keimanan orang lain, asalkan beliau tidak rasuah dan makan wang (rasuah), beliau orang baik," katanya sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".

TPM: Kisah dan teladan di atas adalah antara petunjuk kepada rakyat menilai siapa yang lebih bangang dan bodoh.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda