Gelanggang kempen PRK DUN Tenang di Johor belum lagi dibuka. Wisel pemula belum lagi ditiup namun TS Mohd. Isa Samad mantan 'banduan rasyi' Umno telah berpencak galak!

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam. Majlis jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ceramah politik daripada bekas naib presiden Umno, TS Mohd Isa Abdul Samad..( baca di sini...)

NONEAntara butir ceramahnya Mohd. Isa mengambil peluang menuduh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim sebagai penipu, beliau memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu..

NONESelain itu, para hadirin dihiburkan dengan nyanyian dan tarian wanita seksi. Peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Mohd. Isa juga ikut menghentam PAS dan Mursyidul-'Amnya TG Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

TPM:

TS Isa Samad adalah bekas Naib Presiden UMNO… Didakwa rasuah wang dan digantung. Telah dibebaskan awal dari 6 kepada 3 tahun sahaja hukumannya. Kini beliau adalah ADUN Bagan Pinang.

TPM: Siapa yang bakal menjadi lebih gila?? Orang yang kehilangan akal hingga bercakap serta melakukan dosa-dosa besar adalah manusia yang tidak waras. Dia tidak tahu malah sengaja menentang kebenaran. Orang yang menentang kebenaran adalah lebih teruk dari orang gila...

Islam melarang keras amalan mengambil rasuah atau mengambil untung dari memberi rasuah; Allah Taala berfirman, mafhumnya: " dan janganlah kamu makan harta2 kamu/di kalangan kamu dengan cara yang batil (tidak benar @ rezeki yang haram), dan janganlah kamu berurusan harta kepada hakim agar kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara berdosa, padahal kamu semua mengetahui." ( Al-Baqarah:188)

Sebuah hadith marfu' diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w menyebut: " Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam (urusan) sesuatu hukum (keputusan). Namun ada juga ulama yang mengatakan jia tidak ada jalan lain selain rasuan untuk mendapatkankebenaran atau menolak kezaliman maka hal itu tidak termasuk dalam ancaman tersebut.

Di dalam masyarakat hari ini amalan rasuah semacam menjadi biasa. Ada orang yang terlibat menjadikan rasuah satu income di samping gaji tetap/halal yang diterimanya. Malah income melalui rasuah lebih besar dan membanggakannya. Maka jadilah pendapatannya itu untuk memenuhi keperluan hidup rumahtangganya; diri, isteri dan anak2nya. Jadilah pula makan minum mereka tidak diberkati malah lama kelamaan akan menjahanamkan rumahtangga mereka, selain terseret ke muka pengadilan.

Akibat berlakunya rasuah juga, undang2dan peratuan sesuatu jabatan /urusan menjadi sia-sia malah makin menyulitkan. Kerananya juga mengakibatkan orang yang berhak diterima sebagai pekerja digantikan oleh orang yang tidak berhak yang kadang2 tidak ada kelayakan dan kebolehan yang sesuai dengan tugas2nya.

Dalam bidang pentadbiran pula, layanan yang baik hanya diberikan kepada orang yang mahu merasuah/memberi wang sogok. Manakala orang yang tidak mengeluarkan sogokan rasuah itutidak dilayan baik. Tidak berlaku adil sebegini akan mengakibatkan berleluasa sikap diskriminasi dan dengki. Dosa dan kesalah perbuatan tersebut tidak dihitung lagi.

Faktor buruknya amalan korupsi ini akan merebak pula sifat / nafsu tamak dan berkepentingan diri, akan hilanglah sifat peri-kemanusiaan, tolerasi, jujur dan kasih sayang persaudaraan sesama orang Islam. Maka selanjutnya orang tersebut, keluarganya, masyarakatnya malah negaranya tidak akan mendapat rahmat Allah jika perbuatan rasuah ini tidak dihapuskan.

Punca lahirnya amalan rasuah yang ada pada diri orang2 Islam ialah adanya nafsu kasih keduniaan (hubbuddunia), cintakan harta (hubbulmal), sukakan kemegahan (hubbuljah), kufur nikmat, lupakan dosa, lupakan akhirat, tidak ingatkan Allah; hakikatnya mereka bukan orang yang benar2 beriman.

Baik bernama politik wang, duit kopi, tumbuk rusuk, rasuah atau apa nama sekalipun; semuanya adalah sogokan, amalan haram berdosa besar sebaya perbuatan terkutuk yang lain2 seperti meminum arak, berzina, berjudi dan amalan2 dosa besar yang lain, yang menempah kemarahan Allah dan Rasul-Nya.

Ingatlah Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang manusia lakukan sama ada terang2an atau sembunyi2.
(Petikan semula dari BLog Tamu Pulau Melaka, isnin 4 Ogos 2008)


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda