PAS BIDAS 'AHLI AKADEMIK PENGAMPU'
PAS hari ini membidas segelintir 'ahli akademik pengampu' yang didakwanya memberi kenyataan seperti ketua cawangan Umno.
"Mereka cuba berlakon seperti orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, hakikatnya masyarakat kampus kenal siapa mereka ini," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka hanya memberi kritikan kepada pelan 100 hari Pakatan Rakyat yang dianggap boleh memusnahkan negara kerana negara akan pincang dari segi kewangan.
"Rakyat tidak dengar pula komen mereka mengenai projek Menara Warisan 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion, peruntukan kepada projek PERMATA sebanyak RM111 juta, pada hal ia bukan sebuah kementerian, tarafnya seperti belia 4B Rembau sahaja," tegasnya.
Selain isu APCO, katanya, ahli akademik tersebut juga membisu dan tidak memberi sebarang komen mengenai subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi untuk 27 juta rakyat sebanyak 11 bilion, dihapuskan.
"Ketika rakyat bawahan mengikat perut kerana kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol, waktu ini mana suara ahli akademik pengampu ini.

"PAS juga hendak mengingatkan kepada ahli akademik supaya jangan rosakkan nilai akademik dan memalukan status intelektual dengan memberi komen untuk mengampu dan tidak mempunyai nilai akademik..(baca lagi...... )
TPM: Ampusana...ampusini.
Ahli akademik adalah para ilmuan. Jelasnya mereka punya kelulusan tinggi, kelulusan menara gading sama ada di dalam atau luar negara. Ahli akademik sudah tentunya bijak pandai yang bertugas di bidang akademik di universiti yang kini banyak berselerak dalam negara. Mereka tentunya memiliki gelaran Naib Canselor, Timb Naib Canselor, Profesor (D'raja, Emiritius atau ?), Profesor Madya atau Sarjana ... sekurang-kurangnya selaku pensyarah di IPT sama ada awam atau swasta.
Ahli-ahli akademik ini semuanya ilmuan tegar. Mereka dihormati kerana PhDnya atau M.Anya.
Mereka adalah orang-orang yang faham tentang bidang masing-masing dan lebih berilmu dari orang lain. Kalangan merekalah yang mengkaji, menyelidik dan memberi pandangan dalam bidang-bidang agama, sosial (seni budaya, sastera, kemanusiaan dll), politik, ekonomi, sains, teknologi, IT, astrologi malah muzik dan filem. Tugas dan tanggungjawab mereka di menara gading menjadikan mereka manusia pemandu kepada generasi berikutnya.
Tetapi sejak AUKU dan pihak pemerintah menyumbat mereka dengan fulus dan pangkat, status ahli-ahli akademik yang ikhlas dengan ilmunya mula dibatasi oleh 'power' pihak atasan. Masing-masing ahli akademik semacam enau dalam belukar. Masing-masing bergelabah untuk hidup 'senang dan famous' walaupun terpaksa menggadai maruah diri dan ilmu yang dimiliki. Mereka rela membiarkan masyarakat diperbodohkan oleh golongan yang berkepentingan. Jadilah mereka ikut berkepentingan.
Mereka sanggup menjadi selipar dan berperanan mengampu. Mereka sanggup membela / menyokong kebatilan. Menutup kebenaran.
Ya... masyarakat yang sepatutnya membangun dalam tamadun kemausiaan, tahu dan mahu mempertahankan kebenaran serta sanggup menolak keburukan; akan terus lena dengan 'tipuan si ilmuan selipar'. Masyarakat akan terus diracuni perkara-perkara kebatilan tanpa penawar baik. Rakyat akan semakin diasuh dengan benda-benda retorik yang disokong oleh kalangan ampuan intelektual. Akibatnya...

Harapkan ilmuan jadi 'ampuan'
.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda