..
Negeri Kelantan adalah Negeri Di Bawah Bulan. Negeri Kelantan Darul-Naim ditadbirkan oleh kepimpinan ulama Parti Islam Se malaysia (PAS) sejak 20 tahun lalu. Biar pun tidak dihebah secara besar-besaran melalui media massa, namun kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan.

Di Kelantan program bantuan beras untuk rakyat miskin sudah berjalan sejak pertengahan tahun 2010. Ia dikendalikan Tabung Kebajikan dan Sosial Rakyat Dun Wakaf Bharu (Taksir).

Seramai 225 penduduk miskin di Dun Wakaf Bharu mendapat sebanyak 10 kg beras percuma setiap seorang pada setiap bulan yang dikendalikan Taksir. Dana bagi mengendalikan bantuan beras itu diambil daripada elaun wakil rakyat Dun Wakaf Bharu melunaskan janji dalam kempen PRU ke-12 dulu.

Selepas berjaya dilaksanakan di Dun Wakaf Bharu, tahun ini kerajaan negeri memperluaskan skim bantuan beras percuma itu ke seluruh Dun di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri memperuntukkan belanjawan tahun ini sebanyak RM1.5 juta untuk mengendalikan skim bantuan beras percuma. Katanya, 100 penduduk miskin di setiap kawasan Dun akan menerima beras sebanyak 10 kilogram setiap seorang. ( baca selanjutnya....)

TPM: Inilah anatara kesan baik dari menjadi orang beriman dan beramal soleh. Orang Beriman dan Beramal Soleh (OBBS) tahu akan hasil dan janji-janji Allah. Mereka mahu melakukan kebaikan sedaya mungkin di samping menghindarkan kejahatan seupaya mungkin. Mereka tidak mahu mungkir janji. Mereka tahu betapa buruknya sifat munafik. Mereka tahu Allah Taala sangat murka kepada manusia berbangsa munafik.

Mereka punya simpati dan tanggungjawab apabila memegang amanah. Mereka menjadi pemimpin yang dipilih rakyat; menjadi wakil yang sanggup memikul beban demi kesejahteraan rakyat. Mereka tahu balasan siksa berat dari Allah jika mungkiri janji dan lupakan tugas. Mereka tidak mementingkan diri dan kroni apabila berstatus 'pemimpin' atau 'orang penting'. Mereka faham frasa ' Baldatun tayyibatun wa Rabbun ghafuur'.

Dulu ada menteri pusat dari Umno-BN bercakap pembahagian beras super special tempatan akan dilaksanakan melalui pembahagian kupon bermula 1 Disember 2009.

Hari ini tanggal 27 Januari 2011. Ini bermakna sudah hampir 14 bulan berlalu tidak kedengaran pun program itu menjadi kenyataan.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda