Sudah 20 tahun Mursyidul-'am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan. Pas menang dan memerintah Kelantan melalui jalan yang sangat sukar kerana berdepan dengan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan pusat Malaysia. Umno dan Barisan Nasionalnya sudah tentu banyak berhabis tenaga, usaha dan belanja untuk memenangi PRU dan pilihan raya kecil di negeri itu.

Apabila Nik Aziz mengetuai pentadbiran Kelantan, mustahil kalau tidak ada usaha ikhtiar untuk menjatuhkan beliau dan PAS. Mustahil Umno dan Barisan Nasional (UBN) tidak menggunakan jutaan wang bagi menjatuhkan kedudukan Nik Aziz MB Kelantan itu.

Pilihanraya Umum yang berlangsung sejak PAS mentadbir Kelantan 1990. 1995,1999, 2004 dan 2008 hinggalah Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai tahun 2009, amat mustahil jika UBN tidak berhabis ratusan juta perbelanjaan. (Untuk PRK kawasan Parlimen Hulu Selangor kabarnya mereka berhabis RM167 juta untuk merampas kerusi dari PKR).

Maka tidak menjadi kesalahan kalau menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul. Dakwaan blogger Kickdefella bahawa dia diberikan wang RM4 juta untuk operasi gerak saraf menjatuhkan UBN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang PRU ke 12 lalu; menggambarkan betapa murahnya harga Pak Lah dan betapa murahnya publisiti Kickdefella.(sila baca...) Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali menafikan PAS terlibat dengan dakwaan blogger sheikh itu. (sila baca.....)

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda