Pilihan raya kecil kawasan P94 Hulu selangor telah berlalu. Semua orang telah tahu keputusannya. Barisan Nasional telah merampas kawasan tersebut dari Parti Keadilan (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat. Maka masing-masing cuba beranalisis dan menyatakan spekulasi mengapa BN boleh menang dan kenapa PKR kecundang.

Sehari sebelum pengundian dijalankan, Datuk Abdullah Ahmad mantan Timb. Menteri Kerajaan BN mewakili Kok Lanas Kelantan sedikit masa dulu menulis: " Saya tidak terkejut kalau Barisan Nasional menang, tapi saya terperanjat kalau PKR boleh kalah ". Atau lebih kurang begitulah.

Namun hakikat tetap hakikat, Pakatan Rakyat tewas di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi. Persoalannya adakah kita tewas di tangan Barisan Nasional atau kita tewas di tangan sendiri ataupun rakyat sendiri yang tertewas dalam pertarungan Hulu Selangor? Siapakah pemenang sebenar di Hulu Selangor? (baca selanjutnya.....)
Pemenang sebenar di Hulu Selangor ialah rasuah???


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda