May 1, 2010

Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno.

Posted on Friday, April 30 @ 00:00:00 PDT ~~ADUKATARUNA.
Dilulus untuk paparan oleh teori

Artikel Oleh: hermansamsudeen

"



Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook. ''Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi''

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.(baca di sini....)

TPM: Hamba petik catatan sdr Jeming Hassan dalam FBnya. Bacalah dan apakah tindakan kita semua dengan kenyataan itu.

Mungkin batas-batas budi bahasa didalam facebook sudah lama berkubur, tetapi bagi aku apa yang Mohd Safuan Hilmi cakap sudah melampaui batasan sehingga sanggup samakan tok guru dengan syaitan dan mengugut untuk membunuh ulamak kesayangan kita semua.

Mohd Safuan Hilmi perlu bertaubat dan memohan maaf kerana ini boleh menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia yang menyayangi Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Katanya dia sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh tok guru kita, kalau betullah si Mohd Safuan Hilmi ni berani, silakan datang ke kuliah tok guru pada pagi jumaat di medan ilmu di negeri kami, negeri Kelantan Serambi Mekkah.

Kita harap gejala jahat ini disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa atau lebih dahsyat..

1 Response so far.

  1. Ustaz,
    Kalau kita baca fb dan blog ramai juga yang mengutuk Tuan Guru Nik Aziz. Pada saya ini adalah kejayaan media kita yang setiap hari dan ketika memuatkan berita-berita negetif tentang TGNA. Sama juga dengan Anwar. Kalau setiap hari perkara yang buruk kita dedahkan pada masyarakat lama-lama kesannya tentu ada. Inilah yang berlaku sampai ada yang mengugut untuk membunuh.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda