Mutaligat
Hebat sungguh Perkasa sehingga meminta supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.

Persoalannya siapa yang keliru dan susah hati dengan penggunaan nama Khalifah Islam terkenal itu. Umno atau siapa sebenarnya yang gelisah dan keliru. Sebenarnya rakyat tidak terkeliru tetapi rakyat hendak tahu siapa sebenarnya Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga seorang pemimpin bukan Islam beriya-iya hendak mencontohinya dalam mentadbir negeri.

Rakyat selama ini tidak tahu dan tidak peka siapa Umar Abdul Aziz kerana Umno/BN tidak berminat untuk mewar-warkan namanya.

Tetapi bila seorang yang bukan Islam cuba mencontohi dan mewar-warkan nama Khalifah Uamr Abdul Aziz, Umno/BN dan Perkasa pula tidak senang duduk dan dengki takut nanti Orang Islam dapat menerima dan menghormati Lim seterusnya menyokong beliau.

Sepatutnya Umno dan Perkasa berusaha untuk menaikkan nama Umar Abdul Aziz bukannya menghalang Lim dan orang Bukan Islam menggunakan tokoh itu sebagai idola mereka.

TPM: Mereka marah bila orang bukan Islam memuji tokoh Islam. Mereka dengki bila orang bukan Islam sebut ayat-ayat suci al-Quran atau menyebut nama 'Allah'. Mereka hingar bila ada jemaah Islam mahukan hukum Islam diamalkan di Malaysia. Mereka memusuhi jemaah Islam. Mereka cuba menyekat perkembangan / kemajuan pendidikan Islam dan tahfiz al-Quran. Mereka tidak peduli maksiat semakin bertambah; malah mereka tidak pernah bimbang betapa ramainya anak-anak Melayu yang murtad. Barangkali mereka juga akan dengki apabila ramai kalangan orang Cina atau India menyokong jemaah Islam atau kalangan kuffar memeluk agama Islam.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda