Nama Allah telah dipertikaikan di bumi 1Malaysia. Aku tidak tahu adakah Nama Maha Agung Maha Mulia ' Lafzul-Jalalah' ALLAH ini juga dipertikaikan di negara lain.

Pertikaian bermula bila pihak Gereja Roman Katolik menuntut untuk menggunakan kalimah 'Allah' bukan kalimat 'Tuhan', 'God' atau selainnya dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly. Mengapa dikecoh zaman PM Najib?

Sebagaimana diketahui isu ini terseret ke makhkamah dan berakhir dengan kelulusan penggunaan kalimat itu diberi oleh Hakim Mahkamah. Herald mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarangnya menggunakan perkataan tersebut di mahkamah awal tahun lalu.

Pada 31 Disember lepas, mahkamah memutuskan media itu berhak menggunakan 'Allah' tetapi keputusan itu mencetuskan kontroversi luar biasa hingga kini - termasuk sembilan serangan ke atas gereja, sebuah daripadanya di Desa Melawati rosak teruk.

Sudah tentu orang-orang Islam marah dengan fenomena ini., tetapi tidak diketahui tangan siapa yang mengambil tindakan sedemikian. Ada pihak yang telah membuat aduan kepada pihak polis bahawa sidang pengarang mingguan tersebut "mempunyai niat tidak baik" apabila menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Rakyat yang beragama Islam berserta dengan parti-parti politik dan banyak NGO telah memberi berbagai alasan demi mempertahankan kesucian kalimah Allah serta mengharapkan keharmonian rakyat berbilang kaum terjaga.

Isu besar yang berlaku di minggi pertama dan kedua januari 2010 ini telah membabitkan juga suara-suara dari pemimpin parti politik, hinggakan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri di JPM, Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS serta beberapa orang cendikiawan Islam. Terlanjur isu menjadi makin panas, ada pihak yang mahu Majlis Raja-Raja Melayu hatta Yang Dipertuan Agong ikut campur tangan dan menggunakan kuasa yang ada bagi menstabilkan keadaan.

Hingga kini pihak-pihak yang berkuasa agama Islam sama ada Majlis Fatwa Kebangsaan, mufti-mufti, majlis-majlis agama Islam negeri atau pihak bertanggungjawab seperti JAKIM, IKIM dan sebagainya masih membisu. Walau bagaimana pun kita sangat mengharapkan suasana tidak semakin panas, kita harapkan 'Yang dipukul tidak mati, kayu pemukul tidak patah, tanah di bawah tidak gembur '.

Kita tidak mahu ada golongan yang mengambil kesempatan untuk mengharu-birukan lagi suasana hingga tercetus pergolakan lebih parah. Biar semua pihak berlandaskan kebenaran dan kewarasan, bukan mengikut emosi atau hasutan jahat. Kita tidak mahu isu ini diheret panjang bagi melindungi banyak isu 1Malaysia yang berat. Pihak tertentu masih tidak dapat menangani isu-isu yang semakin parah. Kalau ada jalan perundingan, pastikan perundingan itu berjalan di atas landasan keikhlasan dan bermotifkan keharmonian.

Soal menyebut nama Allah...Setiap orang tahu 'Allah' bukan perkataan Melayu, akan tetapi tiada siapapun akan mempersoalkan seorang Melayu menggunakan kalimah itu bagi merujuk kepada Tuhan yang disembahnya kerana orang-orang Melayu adalah muslim.

Dan semua muslim dari segala bangsa memanggil-Nya dengan nama itu kerana itulah nama yang Dia tanzilkan, dan dengan nama itulah Dia diseru oleh hamba-hamba-Nya.

Kita sebenarnya bercakap tentang 'menamakan' Tuhan; kita tidak boleh memberikannya nama yang salah.

Manusia biasa sekalipun akan marah sekiranya nama mereka atau gelaran yang diberikan tidak disebut dengan betul, apatah lagi sekiranya ia salah sama sekali. (teruskan bacaan di sini...)

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda