(Tuan Guru Nik Aziz menatang bekas air untuk para tetamunya dari Indonesia)
PENGKALAN CHEPA, 18 April: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menerima rombongan Pertubuhan Zuriat Wali Songo Se Indonesia malam tadi di rumahnya Pulau Melaka.
Seramai 23 anggota rombongan yang diketuai pengetuanya, Dr Dhiyauddin mengambil kesempatan bertemu Tuan Guru sempena lawatannya selama dua hari di Kelantan.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengetua Penalti Nasab Wali Songo, Kiyai Ali Badri.
Dhiya ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana dapat bertemu seorang ulama yang telah lama dirindui beliau sebelum ini. Katanya, hasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru telah lama disimpan, bagaimanapun baru kini berkesempatan bertemu.(Baca lagi....)
TPM: Hanya jauhari mengenal manikam. Ku tahu erti 'karamah'. Ia adalah kurniaan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Luar biasanya ustazku itu ialah sejak 1990, beliau adalah satu-satunya 'alim yang terlantik / dilantik / terpilih menjadi seorang Menteri Besar; pemimpin negeri @ ulul-amri. Satu-satunya 'agamawan' lulusan M.A Al-Azhar yang zuhud, merendah diri (tawadhu') dan 'abid. Mengetuai Kerajaan Kelantan, Serambi Mekah, Negeri Di Bawah Bulan.
Kata Pengetua Pertubuhan Zuriat Wali Songo Se Indonesia Dr Dhiyauddin yang mengetuai rombongan itu: “Beruntung rakyat Kelantan kerana dapat pemimpin yang wara’ sepertinya, subhanallah saya cukup terpegun,”.
Maka bagiku, amat rugilah sesiapa yang tidak sempat menyokong perjuangan TGNA semasih hidup beliau ini.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda