Dalam tahun 1970an saya belajar di sebuah sekolah asrama penuh di Selangor. Kami dari Pantai Timur rata-rata berasal dari keluarga kurang berada. Kami belajar bersama sebahagian penuntut yang datang dari Sabah, Sarawak malah dari Negara Brunei.
Kami kenal, bermesra dan menghormati rakan-rakan dari luar Semenanjung itu. Pandangan mata kasar kami menunjukkan corak kehidupan mereka di asrama agak berbeza dengan kami. Mereka lebih mewah dan cukup ' bergaya' kerana mendapat 'biasiswa' / wang saku dari kerajaan negeri masing-masing. Ada peruntukan khusus untuk pembelajaran para penuntut dari Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.
Bila berada di IPT, kalangan 'student' dari Sabah dan Sarawak itu terus mendapat sumbangan yang ' mewah ' itu. Di Kampus, ada banyak mahasiaswa mereka memiliki kereta, sedang kami mahu memiliki sebuah 'kapcai' pun mengharapkan tiba lebihan pitis biasiswa yang RM1800.00 setahun itu. Kemiskinan kadang-kadang melintaskan rasa cemburu dan kecil hati terhadap kehidupan kampus anak-anak kelahiran Sabah dan Sarawak!
Namun kemudiannya saya ikut berbesar hati bila menghantar anak sulung saya masuk Universiti Malaya dan ditempatkan di Kolej 8, Kolej Kinabalu Universiti Malaya! Kabarnya inilah kolej / asrama sumbangan Kerajaan Negeri Sabah buat UM demi tempat tinggal / belajar anak-anak Sabah dan lain-lain. Sumbangan ini menunjukkan Sabah Boleh!
Negeri Sabah yang besar, yang kaya dengan hasil buminya terus maju. Bertukar ganti pemimpin peringkat negerinya, sudah tentu bagai air bah; berdaya mengubah Sabah. Jurang kekayaan dan kemiskinan mula terbentuk akibat iklim politiknya yang menggelabah. Kawasan yang boleh dimajukan tetap menguntungkan, manakala sebahagian lagi tetap mundur serta memerlukan keadilan. Pemimpin juga ada yang menguntungkan rakyat, tidak kurang pula yang merugikan mereka terutama mereka yang bernafsu besar dan mementingkan diri.
Tahun-tahun 2000 dan selepasnya tidak banyak membantu sesetengah kawasan dan rakyat tempatan di sabah. Demi gejolak politik parti pemerintah Umno-BN dll., kekayaan negeri mula menjadi rebutan orang-orang yang bertaring tajam serta kroni-kroni mereka. Keadilan kepada rakyat tidak dihiraukan. Masih banyak kawasan mundur dan rakyatnya miskin tegar. Negeri Sabah kini berada paling belakang / miskin berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Infra struktur khususnya perhubungan lebuh-jalan raya tidak banyak berubah, contohnya: jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Kota Marudu sejak 10 tahun lalu katanya semakin teruk tanpa baik pulih yang sempurna. Janji untuk pembaikannya berlaku di bibir YB-YB mereka setiap kali pilihan raya. Tapi nol juga hingga hari ini.
Rakyat yang hidup di pedalaman masih di tahap lama.
Bidang pendidikan masih ketinggalan, walaupun terdapat ramai juga anak Sabah yang telah berjaya.
Berita terbaru menuntut Menteri Pelajaran merangkap Timb Perdana Menteri membuka mata luas-luas dan mengambil tindakan sewajarnya. Tidak mengapalah walaupun Tan Seri mahu menjadikan umpan atau kempen politik Umno-BN untuk PRU13 yang hampir ini! Usahlah beretorik memanjang.....TPM.

KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.
Sebelum korang baca seterusnya di sini, sila tengok gambar di bawah ini :
Sekolah Kebangsaan Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia
Korang fikir-fikirlah sendiri, apa jenis kualiti pendididikan yang Mat Sembab tu cuba temberangkan kepada rakyat. Setelah 50 tahun lebih Umno/BN mentadbir negara, masih ada sekolah macam kandang kambing begini! ..... Tolak Umno..... Undilah...ABU.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda