"Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.
"Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," kata Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.
Dengan sinis beliau menepis dakwaan yang mengaitkan serangan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam satu kejadian awal pagi ini. Katanya lagi orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka. ( baca lagi ....)
TPM: ADA ORANG KATA: MEMANG SALAH UMNO...
KALAU TAK SAMSENG BUKAN UMNO NAMANYA.. Sebab...Kalau melibatkan isu pentadbiran dan keselamatan negara, rakyat memang akan menyalahkan UMNO sebab UMNO/BN yg memegang kuasa pentadbiran negara. JADI MEMANG SALAH UMNO!~
~ Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang." Tak tahu jangan cakap!!! kah...kah...kah...lol.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda