Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.(baca seterusnya.....) NONE“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” catat Nik Aziz mengakhiri tulisannya itu.

TPM: Kacamata yang dipakai semua perdana menteri Malaysia memandang Islam semuanya bias. Pandangan yang tidak tepat disebabkan latar belakang, ilmu dan minda yang culas agama menjadikan mereka ternyata serong terhadap Islam.
Mana mungkin kacamaca bercermin kelabu akan nampak benda-benda yang dilihat itu berwarna putih atau jernih. Selagi kacamata itu tidak ditanggalkan oleh kesedaran 'pertunjuk' maka sukarlah si pemakainya melihat jelas. Apatah lagi kalau biji mata sudah juling! Maka demikianlah yang terjadi kepada PM Najib Tun Razak yang melihat sosok Dr Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, ulama Islam tersohor itu. Najib juga semacam memandang serong terhadap Ikhwanul-Muslimin satu-satunya jemaah mempertahankan Islam di dunia, berpusat di Mesir itu.
Banyak kalangan yang meragui Najib sebelum ini semakin tidak yakin dengan telatah / kelatahan Najib mengulas tentang syariat Islam. Jemaah Islam di Malaysia yang halal berpolitik di Malaysia sejak lama, sangat tidak disenangi para PM terdahulu hingga kini. Mereka dari Umno-(Perikatan)-Barisan Nasional telah bertindak memusuhi PAS sehabis cara.

Baru-baru ini Bob Lokman melakukan kejutan sempena Perhimpunan 30 ribu pemuda yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Kehadiran Bob Lokman pastinya menyerikan lagi suasana Penang Harmoni 2 itu nanti kerana selain daripada mendapat info terkini perkembangan politik dalam dan luar negara pengunjung juga berkesempatan bertemu dan bertanya khabar Bob Lokman, " terang Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Sdr Zulkipli Ishak.

Sebelum itu Bob Lokman telah mengisytiharkan berundur diri dari menjadi juri Raja Lawak 5 di pentas peraduan / pemilihan Raja Lawak tersebut.( terus baca....)

.

Hal itu mengejutkan dunia hiburan / selebriti khususnya dunia lawak tanah air. Dia berundur diri dari alam BELAWAKnya.

...

ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.( baca seterusnya....)

AHM: Kecik tapak tangan, nyiru kita tadahkan. Bob adalah cicit Tok Kenali,cucu kepada Tok Guru Bako' Hj Ahmad dan anak kepada Ust Lokman bin Ahmad. Beliau anak saudara kepada Ust Hj Mawardi bin Ahmad (almarhum) bekas YB Dun Demit. Keluarga Bob adalah dari kalangan ulama / berpendidikan agama. Semoga Allah merahmati beliau dan kita semua.

..

NONE

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian.".( baca lagi di sini...).


Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertelingkahannya dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II. Untuk mengagungkan St. Valentine, yang dianggap sebagai simbol tabah, berani dan pasraha menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Sejak abad 16M, 'upacara keagamaan' itu beransur-ansur hilang dan berubah. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari. (baca sejarahnya lagi...)

TPM: Jelas selebriti rancangan 'Semanis Kurma' TV9 itu: "Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova (Qurtubah), Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka." Sebagai seorang yang mengetahui sejarah dan mengetahui hukum-hukum Islam, Datuk Ustazah SNBM mahu berdakwah dengan ikhlas.

Dia mahu melebarkan ilmunya secara tulus kepada umat Islam amnya dan khusus kepada pendengar/peminatnya. Dia mahu menyatakan kebenaran; namun suara kebenaran beliau telah berdepan dengan gugatan dari pihak lain. Datuk Ustazah yang juga pendakwah bebas (bersama suaminya) itu tidak mahu menyorok ayat-ayat kebenaran, malah beliau mahu menyorotnya dengan penuh kesedaran. Tetapi itulah kenyataannya, setiap suara dakwah ke arah Islam, ke arah kebenaran akan berdepan dengan ujian. Cubaaaaan.

Hingga ke tahap ini, barangkali bukan sedikit dugaan yang pernah dialami oleh Datuk Ustazah. Bak kata sahabat saya, kebenaran Islam mesti (fitrahnya) berdepan dengan ujian dari atas, bawah, depan dan belakang. Dakwah kita mudah dituduh menggugat politik, sosial, ekonomi dan minda pihak lain. Untuk Datuk Ustazah: pertahankan kebenaran, ucaplah ia demi menjalankan tanggungjawab kita dan istiqamahlah dengan ilmu yang dimiliki. Masa imtihan telah tiba dan ia akan tiba lagi menjadi nilai tambah pahala buat kita; mahunya kita tetap bertawakkal kepada-Nya. Sungguh Dia kasih kepada golongan yang bertawakkal. Kita menyokong kuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang akan mengedarkan kira-kira 15,000 kit anti hari kekasih sempena pelancaran kempennya bermula malam ini di Putrajaya. ( baca maklumannya...)
.



TPM: الله اكبر الله اكبر الله اكبر
" Sesungguhnya tidak hina sesiapa yang Engkau muliakan, dan tidak akan mulia sesiapa yang Engkau musuhi"




Setiap pertandingan ada hadiahnya. Kepada para pengundi Umno-Barisan Nasional di DUN Tenang khasnya, negeri Johor Darul-Takzim serta rakyat Malaysia amnya; inilah hadiah 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' 1Malaysia.
Alangkah bertuahnya kita punya pemimpin yang sangat 'mendahulukan rakyat' sehingga sanggup memberi harga 'selaras' minyak RON97 sebanyak seposen saja demi kesejahteraan rakyat. 'Kerja selaras' harga itu berlaku dalam 4 bulan berturut-turut.
Tahniah dan ucapan 'padan muka' kepada kita kerana terpaksa menerima hakikat bahawa Barisan Nasional sedang mentransformasi ekonomi dan sosial jelata. Dengar kabarnya harga minyak RON95 juga akan ikut diselaraskan dalam masa terdekat!

Semua orang tahu dan tiada yang menafikan: Bila harga minyak berubah semakin bertambah maka harga barangan lain terutama BARANG KEPERLUAN HARIAN ikut bertambah. Akan semakin daiflah kehidupan rakyat yang didahulukan itu. Syabas PM, RM, Umno-BN rakyat 1Malaysia tidak marah pun.....

"