AHLI UMNO PERLU ABAI KEPENTINGAN DIRI : MAHATHIR – berita hairan ~ Tukar Tiub.

Ahli UMNO perlu kembali kepada matlamat perjuangan asal penubuhan parti itu, iaitu untuk agama, bangsa dan negara serta mengetepikan kepentingan diri bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Mahathir Mohamad.

Katanya, ahli UMNO juga perlu membebaskan diri daripada penyakit kritikal yang membelenggu mereka, iaitu menikam dari belakang serta cantas mencantas kerana budaya itu hanya melemahkan parti.

“Dulu kita (orang UMNO) sanggup berkorban apa saja untuk parti... sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk membantu parti, tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.
“Kita kena kembali kepada perjuangan asal UMNO yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan tanah air melebihi kepentingan diri.

“Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka sudah pudar,” katanya.

Dr Mahathir yang menyifatkan sikap negatif ahli UMNO itu sebagai penyakit yang kritikal berkata, BN boleh menang besar pada PRU nanti sekiranya masalah itu dapat dihapuskan.

TPM: ومكروا ومكرالله والله خير الماكرين
قل اللهم مالك الملك توءتى الملك من تشاء وتعز من تشاء وتذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda