Penduduk Pulau Melaka bantah kenaikan bayaran
Tindakan kerajaan negeri mengenakan bayaran tambahan 20 peratus terhadap hartanah di Pulau Melaka mengundang bantahan dari lebih 80 pemilik bangunan di pulau buatan manusia itu. .

Bangunan rumah kedai dan apartmen di pulau berkenaan telah terbengkalai lebih 17 tahun sebelum kerajaan negeri mengambil alih projek berkenaan dan membangunkannya semula menerusi anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

Bagaimanapun, tindakan mengenakan bayaran tambahan 20 peratus di atas harga asal bangunan berkenaan, yang bertujuan meliputi kos membaik pulih serta mengganti pelbagai bahagian bangunan yang dicuri, tidak mendapat sokongan pembeli.

Bagi menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan hati mereka, sekumpulan 80 pembeli telah mengadakan satu protes aman serentak dengan majlis perasmian jualan bangunan baru yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Husin semalam.

Sementara itu, ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, yang turut hadir bersama mereka, berkata, protes berkenaan adalah bagi mendesak kerajaan negeri supaya tidak mengenakan bayaran tambahan berkenaan. ( baca lagi....)

TPM: Terkezut monkey kawan bila membaca berita ini di Malaysiakini. Kawan ingat hal ini berkaitan dengan tanah di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Kampung Pulau Melaka adalah kampung Menteri Besar Kelantan Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Rumah beliau terletak berhampir masjid dan Maahad Darul-Anuar di Kampung Pulau Melaka. Kawan sesekali datang bertamu, berjemaah dan mengikuti kuliah di masjid ini.

Kuliah wajib Ayah Zi' (panggilan mesra anak buah kepada TGNA) ialah pada malam khamis, malam jumaat dan pagi jumaat selepas solat subuh. Peminat dan tetamu berjemaah dan mengikuti kuliah beliau datang dari dekat dan jauh berpuluh Km. Kawan adalah Tamu Pulau Melaka Kelantan, bukan Pulau Melaka buatan manusia di Negeri Melaka DS Mohd Ali Rustam yang bermasalah itu. Maaf, selebihnya tak ada komen lah.

1 Response so far.

  1. Itulah akibatnya bila Kerjaan Negeri tidak mengamalkan konsep "Negeri berkebajikan"

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda