Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa tiada pihak yang berhak merampas apa-apa daripada sesiapa, apatah lagi jika daripada negara yang berdaulat. “Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat. “Insya-Allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia,” tulisnya Nik Aziz di laman twitter.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu, tengah hari ini yang menyentuh mengenai isu Palestin.

TPM: Siapa tidak kasihkan negara? Hubbul-watan minal imaan. Orang lain tidak berhak ke atas milik seseoarng individu lain, nombor satunya keyakinan seterusnya nyawa, keluarga, harta benda, ilmu, kampung halaman, bangsa negara dan tanah air.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda