Barisan Nasional Ikrar Jadikan S'wak Negeri Terkaya
Daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia. :)
Pada majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “ hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.” ( baca lagi.....)
TPM: Selepas pilihanraya DUN ini, Sarawak akan menjadi negeri terkaya di 1Malaysia. Rakyat Sarawak akan didahulukan, kekayaan mereka akan diutamakan. Janji pemanis ini adalah umpan mendapat sokongan dan pangkah (X) para pengundi untuk Barisan Nasional Sarawak pimpinan TS Abdul Taib. " You help me, I help You ", itu kata PM Najib. Barangkali begitulah juga hasrat TSAT, si Ketua Menteri 74 tahun itu (Usia KMnya sudah lebih 30 tahun. Namun apa kata / rintihan rakyat Sarawak di bawah:
Insan Dan Sanubari
" Ibubapaku diberi rasuah RM30 oleh BN untuk setiap kali pilihanraya. Kemudian adikku diberi rasuah RM150 setiap kali pilihanraya. Bila aku sambung belajar dan semakin dewasa barulah aku mengerti dan betapa sedihnya aku mengenang nilai dan harga maruah ibubapa dan keluargaku diperlakukan oleh BN. Rupanya ibubapaku cuma menerima upah 000000.10 sen sehari untuk memperkayakan pemimpin BN." :(
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda