Kulit Buku S.H. ALATTAS

POPULARITI NAJIB MENJUNAM

Tun Telanai ~~HarakahDaily.11 Mac 2010

Kita berasa amat bersyukur ke hadrati Ilahi kerana seorang PM Malaysia yang baru memegang kuasa tidak sampai satu tahun sudah tidak popular di kaca mata rakyat yang dipimpinnya.

Kita juga turut bersyukur kepada Allah swt dengan tidak popularnya PM, maka secara tidak langsung populariti UMNO yang gah dengan slogan ‘juara rakyat’ turut terjejas. Kita berharap slogan tersebut akan tinggal slogan sahaja. Biar rakyat yang akan menilainya. UMNO telah pun menghampiri hari senjanya.

1 Mei ini usia UMNO semakin tua. UMNO akan mencapai usia ke-64 tahun. Dalam usia itu, UMNO sudah tidak dapat berlari sekuat dulu lagi. Usia tua melemahkan segala urat saraf. UMNO tidak berupaya untuk bergerak cergas seperti ketika usianya masih muda remaja. Walaupun begitu, UMNO masih lagi bernasib baik.

Ia ada tongkat untuk berpaut. Tongkat UMNO ialah institusi Raja-raja Melayu, PDRM, SPRM, SPR, system kehakiman yang tempang dan jentera-jentera kerajaan. UMNO terus bergantung kepada institusi-institusi ini untuk melengah-lengahkan ia ditalqinkan.

Umno juga serupa dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah lainnya. UMNO bersifat baharu. Setiap yang baharu akan tetap menemui ajalnya. Ia tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah swt sahaja.

Berapa banyak kerajaan-kerajaan [bermaksud parti juga] terdahulu dihapuskan oleh Allah kerana sifat tamak haloba meraut kekayaan negara sepuas hati, rakus dengan kuasa, zalim dan penindas rakyat, rasuah, pecah amanah dan menjadikan kuasa sebagai alat untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

GOLKAR,di Indonesia pimpinan Suharto, jatuh. LDP di Jepun turut tumbang. Marcos dan Shah Iran juga ditumbangkan oleh rakyat dengan izin daripada Allah. Parti Baat pimpinan Saddam Hussein juga turut dimusnahkan oleh Allah. Sekarang kita perlu bersabar menunggu detik-detik kehancuran UMNO. Tanda-tandanya mulai jelas kelihatan hanya masa dan Allah akan tentukan harinya.

Najib Tun Razak PM yang bermasalah. Mana ada PM di Malaysia yang perlantikannya dipertikaikan oleh rakyat. Rakyat telah menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong untuk menghalang Najib dilantik sebagai PM ke-6. Najib banyak tercalit dengan tuduh-tuduhan yang amat memalukan. Berbagai skandal melibatkan dirinya. Oleh kerana itulah, Najib menjadi PM yang tidak popular baik di dalam Negara mahu pun di luar negara.

TV3 mengakui hakikat ini. Sumber TV3 menyebut, hanya 270,000 orang menonton sahaja yang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


TPM:

اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ

وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, Tiada upaya melainkan dengan Allah swt.



0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda