Atas kapasiti apakah beliau memegang bendera FLAG OFF untuk melepaskan pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) kelmarin 2 Mac 2010 dari Kota Bharu menuju Kuala Berang Terengganu? Barangkali atas namanya sebagai Timbalan Menteri Kewangan atau atas jawatan terlantik sebagai Ahli Dewan Senate / senator, ataukah atas nama Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kelantan atau kerana beliau Ketua Umno Bachok???

Itulah yang menjadi persoalan yang melegari saraf otak sebahagian besar rakyat Kelantan. Datuk Awang Adek Hussin telah memusnahkan lagi kepercayaan rakyat Kelantan terhadap dirinya selepas beliau gagal menjadi MB Umno-Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 12 mac 2008. Imej Awang Adek tambah tercalar besar di Kelantan apabila dengan lantangnya membuat penafian terhadap HAK RAKYAT Kelantan ke atas royalti minyak dan janji-janjinya ditabur kepada pengundi di Bachok dulu.(sila baca selanjutnya...)

Datuk Awang Adek juga dikatakan telah menunjuk sikapnya yang sebenar bila tidak menghormati MB Kelantan dengan tidak bangun memberikan tanda hormat sedangkan hadirin yang lain bangun semasa ketibaan Menteri Besar ke acara tersebut. Dikatakan hanya Pemangku al-Sultan Kelantan atau Menteri Besar sahaja yang layak 'flag off' acara tersebut. Tentatifnya mencatatkan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang akan melaksanakannya! Tetapi Awang Adek cuba menunjukkan gedebe pada pagi itu...

Perlakuan Awang Adik itu melambangkan tidak senonoh dan tidak bermoralnya pemimpin Umno-BN. Beliau tidak memiliki sifat malu, walaupun dikatakan dia cuba memalukan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan pilihan rakyat itu. Rakyat Kelantan cerdik dan boleh mambaca gelagat pemimpin yang boleh mengekalkan lagi 'kekalahan' Umno-BN di Kelantan nanti. Peristiwa itu tetap menjadi aset buat rakyat mengetepikan pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral seperti itu; walaupun ada alasan buat Awang Adek menjawab persolan besar itu. (baca di sini.......)

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda