skip to main |
skip to sidebar
22/1/2014 Rabu
BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya:
Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah
Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat
bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk
syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W.
"Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun
baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH
AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk
sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur.
5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan
membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda