Hujan galak turun.
Kata surat kabar ia menjejas
pendapatan dan urusan harian

Air memanjat ke paras amaran
Sungai tahu pasang tahu melimpah
Tebing basah di Jeli dan Tanah Merah.

Banjir adalah tentera air
Bergerak meredah sekitar sawah
Berjeruk lantai meresapi tanah.

Melaras keberaniannya ke lembah
Memanjat ke jalan raya dan rumah-rumah
Mengejut dengkur sebelum tiba subuh

Nelayan kita tidak berani ke laut
Ombak bertukar gelombang tinggi
Pucat tahun lalu masih menggobar hati

Barangkali di dasar perut air gelora itu
Para hidupan bersenang berenang ria
Tiada kelibat pancing, pukat atau perahu.

16/1/ 2014


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda