Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

datuk t charged 240611 shuib lazimDalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah. ( baca...)

TPM: Selagi umno tak kojol, selagi parti yg kuat memfitnah ni masih memegang kuasa, selagi itulah rakyat negara ini dihidang dgn berita2 liwat, berita2 kotor dan fitnah seks untuk menipu rakyat! Sudah2 la.. kenapa org melayu mudah diperbodoh.. ditipu.. Jgn la menyebarkan dosa - mengaibkan sesama muslim.... kenapa masih nak percayakan Siam lahanat tu ?.

" Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’???.....

Kalau begitu BAIK hubungi Pejabat Imigresen biar mereka cek periksa rakyat Malaysia yang keluar ke seberang @ Thailland pada tarikh 12-13 Jan 2011 tersebut.....Anwar bin Ibrahim ada tak? (kenapa kita perlu minta pada Dati Seri Azizah buktikan?)

NONE
10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.

Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.

Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.

"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.

Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.

"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.

"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.

"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.

TPM:
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
- Pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara.
- Kita berharap tidak akan ada konspirasi ketiga terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.


"Mendengar cakap Abdul Halim Hamid saya selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terasa bangga terhadap sokongan padunya. Sebagai ayah beliau sanggup bersama anaknya biar dalam keadaan susah dan senang. Orang politik pun belum tentu boleh buat macam dia, " tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai.

Luahan semangat yang dicakapkan oleh Abdul Halim Hamid itu merupakan teras dan boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan.

Katanya PAS bangga dengan kecekalan ayah Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman.(baca lagi...)

TPM:"Mahasiswa ada hak menentukan masa depan mereka walaupun terpaksa menentang AUKU sebab AUKU melahirkan mahasiswa yang tidak matang dan penakut, " terang Mujahid (gambar kiri) yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Susah untuk melihat kebangkitan mahasiswa seperti yang digerakan oleh Adam Adli, Muhamad Safwan Anang dan rakanya semata-mata untuk kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan terjamin, jelas beliau.

Sebelum ini hanya orang politik pembangkang menyuarakan pandangan mengenai kebebasan bersuara tetapi kini ia telah menular di kalangan cerdik pandai atau golongan ketiga yang tiada mempunyai kepentingan politik.

Dorongan @ taufiq untuk mula berjuang mencari kebenaran, keadilan dan kebebasan 'HAQ' adalah suatu anugerah. Kemudian sifat iltizam dan beristiqamah dengan perjuangan itu juga adalah satu kurniaan. Bersabar dan bersyukur kerana terpilih menjadi pemuka kepada perjuangan baik adalah satu rezeki dari Allah Taala kepada hamba-hamba yang dikasihiNya. Percayalah mafhum ayat suci: " ...Dan bertolong-bantulah pada kebaikan dan taqwa; dan jangan bertolong-bantu pada perkara dosa dan permusuhan...". Ketahuilah bahawa, ada RAHMAT di sebalik itu semua.

DSAI sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan keputusan pada 901. Namun katanya, dia akan tetap lawan. Walaupun ditakdirkan masuk penjara, namun dia sudah mempersiapkan plan B untuk menawan Putrajaya.



TPM: Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, fikir. Ada agama, waspada. Ada ingatan, bandingkan. Ada iman, timbangkan.