|
|
Luahan semangat yang dicakapkan oleh Abdul Halim Hamid itu merupakan teras dan boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan.
Katanya PAS bangga dengan kecekalan ayah Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman.(baca lagi...)
TPM:"Mahasiswa ada hak menentukan masa depan mereka walaupun terpaksa menentang AUKU sebab AUKU melahirkan mahasiswa yang tidak matang dan penakut, " terang Mujahid (gambar kiri) yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.
Susah untuk melihat kebangkitan mahasiswa seperti yang digerakan oleh Adam Adli, Muhamad Safwan Anang dan rakanya semata-mata untuk kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan terjamin, jelas beliau.
Sebelum ini hanya orang politik pembangkang menyuarakan pandangan mengenai kebebasan bersuara tetapi kini ia telah menular di kalangan cerdik pandai atau golongan ketiga yang tiada mempunyai kepentingan politik.
Dorongan @ taufiq untuk mula berjuang mencari kebenaran, keadilan dan kebebasan 'HAQ' adalah suatu anugerah. Kemudian sifat iltizam dan beristiqamah dengan perjuangan itu juga adalah satu kurniaan. Bersabar dan bersyukur kerana terpilih menjadi pemuka kepada perjuangan baik adalah satu rezeki dari Allah Taala kepada hamba-hamba yang dikasihiNya. Percayalah mafhum ayat suci: " ...Dan bertolong-bantulah pada kebaikan dan taqwa; dan jangan bertolong-bantu pada perkara dosa dan permusuhan...". Ketahuilah bahawa, ada RAHMAT di sebalik itu semua.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda